Kawasaki Kips Owners

FORUM FOR ALL GENERATION OF KAWASAKI KIPS

T-SHIRT KIPS FAMILY 2010

 

ORDER CLOSED. VISIT T-Shirt Payment THREAD FOR PAYMENT METHOD.

 

TQ

  • Post new topic
  • Reply to topic

Minyak pelincir cetak rompak (Jangan Terbeli Yang Palsu)

Share

nekman

Minyak pelincir cetak rompak (Jangan Terbeli Yang Palsu)

Post  nekman on Sat Feb 06, 2010 8:11 pm

Dari Harian Metro (6 Feb 2010)
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minyakpelincircetakrompak/Article/index_html

RAWANG: Satu sindiket terancang menghasilkan sendiri minyak pelincir kenderaan dengan meniru bulat-bulat beberapa jenama minyak pelincir terkenal antarabangsa yang berada di pasaran.


Operasi licik yang dijalankan di satu kilang tertutup di Taman Setia Jaya, Rawang di sini, dikesan mampu menghasilkan ribuan botol minyak pelincir sintetik palsu yang kemudian dijual dengan harga sama.

Kegiatan sindiket terbabit terbongkar selepas sepasukan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) Selangor menyerbu gudang berkenaan dan merampas sejumlah minyak pelincir ‘cetak rompak’ bernilai lebih RM1 juta.

Penolong Pengarah Kanan KPDNKK Selangor, Zakaria Thamby Chik berkata, kewujudan kilang membuat minyak pelincir kenderaan tiruan itu berjaya dibongkar hasil maklumat orang ramai dan kerjasama pihak polis Gombak.

Menurutnya, seorang pekerja sindiket berkenaan sebelum ini diberkas polis selepas dikesan melakukan penipuan pembelian sejumlah tayar menggunakan cek tendang.

“Hasil tangkapan itu, suspek membawa pihak polis dan KPDNKK ke gudang rahsia terbabit yang dijadikan markas untuk memproses minyak pelincir tiruan.

“Bagaimanapun ketika serbuan jam 10 pagi semalam, pemilik gudang sempat melarikan diri dengan meninggalkan semua bahan bukti di dalam premis berkenaan,” katanya.

Menurutnya, enam pegawai KPDNKK Selangor memecah kunci gudang berkenaan sebelum menemui beratus tong drum yang digunakan untuk mengisi minyak pelincir tiruan.

“Siasatan lanjut menemui ratusan kotak berisi bekas plastik minyak pelincir seberat satu liter dan empat liter yang dipercayai sedia untuk diedarkan ke pasaran.

“Bagaimanapun semua minyak pelincir berkenaan didapati palsu berikutan ia diisi menggunakan bekas plastik yang mempunyai bentuk dan warna sama dengan produk tulen,” katanya. Malah sindiket terbabit turut dikesan menghasilkan pelekat label palsu berdasarkan penemuan beratus pelekat terbabit dalam pejabat berkenaan.

Beli di mana untuk pastikan yang original??"

kurt2812

Re: Minyak pelincir cetak rompak (Jangan Terbeli Yang Palsu)

Post  kurt2812 on Sat Feb 06, 2010 8:41 pm

aku rasa la.klo nak pakai minyak itam jenama stesen minyak mcm SX atau VSX ke..petronas ke..bli kt petropam tu trus.jgn beli kt bengkel..

krijauan

Re: Minyak pelincir cetak rompak (Jangan Terbeli Yang Palsu)

Post  krijauan on Mon Feb 08, 2010 2:14 pm

alamak kat rawang??

patut la moto aku slow,, Laughing

mambang hijau

Re: Minyak pelincir cetak rompak (Jangan Terbeli Yang Palsu)

Post  mambang hijau on Tue Feb 09, 2010 12:25 am

alamak..aku baru lps tkr myk itam..redha jela...ni yg x sdp ati nih.....tipah tertipu...fully sintetik lak tu

amirburn

Re: Minyak pelincir cetak rompak (Jangan Terbeli Yang Palsu)

Post  amirburn on Tue Feb 09, 2010 1:33 am

dekat rawang??adus...pedih ni..rase2 mcm kenal je produk EO ni...

LuNaCy

Re: Minyak pelincir cetak rompak (Jangan Terbeli Yang Palsu)

Post  LuNaCy on Tue Feb 09, 2010 11:02 am

rawang..?? huhhuhu aiyak.. abeh la.. huhu motul pn kono skali ka.. huhuhu.. adehh.. kene gune miyk kelapa sawit gak pas ni.. huhu

nekman

Re: Minyak pelincir cetak rompak (Jangan Terbeli Yang Palsu)

Post  nekman on Tue Feb 09, 2010 12:51 pm

Setakat lihat di gambar yang tertera di webpage nih
http://ondscene.blogspot.com/2010/02/rampasan-minyak-pelincir-minyak.html

Brand yang terlibat:
Sh*ll, C**trol, M*t*best..

Harap2 minyak 2T tak termasuk dalam senarai, leh jem moto tengah cruising No

Last edited by nekman on Tue Feb 09, 2010 1:36 pm; edited 1 time in total

ryuganz

Re: Minyak pelincir cetak rompak (Jangan Terbeli Yang Palsu)

Post  ryuganz on Tue Feb 09, 2010 1:09 pm

sebab tu aku pake product petronas kt stesen2.beli direct dari diorang, bengkel sendiri manada product petronas.obvious sangat, yang dari bengkel nih ntah ape product dia pakai.even service centre pun aku kurang percaya.beli sindri, puas ati.

mambang hijau

Re: Minyak pelincir cetak rompak (Jangan Terbeli Yang Palsu)

Post  mambang hijau on Tue Feb 09, 2010 5:21 pm

ikutkan hati aku bakar jer kilang tu...tak pn bagi tokey dia minum 4t tu sampai kenyang..hahaha

deen325

Re: Minyak pelincir cetak rompak (Jangan Terbeli Yang Palsu)

Post  deen325 on Wed Mar 03, 2010 3:46 pm

salam..
sedih daya bila terbaca ceta ni kat paper...

apa2 pun kita sama2 berhati2 semasa membeli...
pastikan hak kita sebagai penguna tidak di main2 kan n
di tipu oleh lanun2 tu..

Laughing Laughing Laughing


_________________
Kawasakikips.com....Let The Good Times Roll !!

nytroz

Re: Minyak pelincir cetak rompak (Jangan Terbeli Yang Palsu)

Post  nytroz on Wed Mar 03, 2010 5:12 pm

dah lama aku tak pakai minyak enjin beli kat kedai motor ni, pasal dulu lagi dah pernah dengar citer ni, minyak motor biasa kat stesen minyak mahal & kasar plak, so skang pakai super diesel je, tak percaya cuba test devlax kat kips, stakat nak main fast shifting mmg best, harga rm14.50 seliter tapi rasa mcm fully sinthetic....

tapi kalau motor korang rosak aku tak jamin ye... kekekke

kurt2812

Re: Minyak pelincir cetak rompak (Jangan Terbeli Yang Palsu)

Post  kurt2812 on Sun Mar 07, 2010 11:50 pm

so macam ne nak pastikan yg minyak kiter bli tu asli?? ada cadangan atau nasihat?

WRR987

Re: Minyak pelincir cetak rompak (Jangan Terbeli Yang Palsu)

Post  WRR987 on Tue Mar 09, 2010 1:53 pm

sy guna MAXOIL. Compem ori & siap ada baucar tunai lg. Syarikat Bumiputera lg kwn2..

kurt2812

Re: Minyak pelincir cetak rompak (Jangan Terbeli Yang Palsu)

Post  kurt2812 on Tue Mar 09, 2010 5:47 pm

WRR987 wrote:sy guna MAXOIL. Compem ori & siap ada baucar tunai lg. Syarikat Bumiputera lg kwn2..


maxoil ni bumiputra ke?? nama mcm omputih..mana nak bli minyak ni??

krijauan

Re: Minyak pelincir cetak rompak (Jangan Terbeli Yang Palsu)

Post  krijauan on Wed Mar 10, 2010 2:05 pm

salam aku dah terkena...

minggu lepas aku tukau minyak itam castrol power1 10/40 rm 40 seliter...
rupa rupanya tipu beb..
dulu aku dah pernah pakai minyak ni..smooth je tuka gear n moto jadi ringan je..
tapi yang ni lain macam je..moto berat susah nak tuka gear..
aduhh..mcm haram..
pasni jangan beli minyak itam kat kodai sparepart rawang..
dia nak abiskan stok minyak tipu...celaka.. Evil or Very Mad
  • Post new topic
  • Reply to topic

Current date/time is Sun Mar 21, 2010 1:50 am